Pihak polis meneruskan proses pemburuan baki 130 tahanan warga Rohingya yang masih lagi bebas selepas mereka meloloskan diri dari depot imigresen sementara Relau, semalam.<br /><br />Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan setakat pagi Khamis, 398 individu telah ditemui semula termasuk enam yang disahkan meninggal dunia.